Monday, January 16, 2012

Biar buta mata jangan hati



Bismillahirahmanirrahim…. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam terima kasih Ya Allah kerana mengenalkan aku dengan seorang hambaMu dalam tak sedar baru hari ini aku merasakan diri ini telah banyak yang berubah insyaAllah perubahan ini adalah perubahan yang positif…

“ Ya Allah tanamkan keimanan dalam hatiku.. jadikanlah aku hambaMu yang beruntung ”
Kadang-kadang bila bersendirian diri ini seolah-olah berdialog, berdialog dengan hati…

Kenapa aku berpakaian macam ini?
Sebab siapa aku lakukan semua ini?
Ikhlaskah aku melakukan semua ini?

3 persoalan azimat ini selalu bermain di minda seolah-olah iginkan jawapan yang pasti dan ikhlas..

Kenapa aku berpakaian macam ini?... seorang muslimah pakaian yang terbaik untuknya adalah menutup auratnya… tidak semestinya dia memakai tudung labuh ataupun pakaian yang labuh yang penting dia menutup auratnya… sebab pakaian yang labuhpun ada juga yang menampakkan aurat Allahualam… terus terang aku juga manusia biasa dulu aku juga pengguna baju “adik” terus terang perasaan bangga ada dalam diri ketika ini tak tahulah apa yang dibanggakan sangat mukin kita bangga sebab orang boleh lihat body kita yang lawa kot ( J contoh).. tapi sekarang aku bersyukur sangat kehadrat Illahi kerana  membuka hati ini untuk mendapat keredhaanNya.. terima kasih Ya Allah.. terus terang semasa aku berpakaian yang disunnatkan oleh Rasulullah saw untuk menutup aurat ada satu perasaan yang timbul…  ( tak tahu nak kata perasaan tu macam mana hanya Allah Yang Maha Mengetahi)…

Sebab siapa aku lakukan semua ini?... setelah lama aku berfikir akhirnya aku dapat jawapanku sendiri.. aku lakukan semua ini kerana seseorang ini adalah silap yang terlalu besar yang aku lakukan.. orang kata nawaitu salah… sebab apa saja yang kita lakukan mestilah Lillahi Taala barulah apa yang kita buat itu menjadi satu ibadah pada Allah… tidak di nafikan dulu aku lakukan semua ini kerana ingin menarik perhatian seseorang tapi sekarang Alhamdulillah semua niat ini dapataku bersihkan kerana Allah.. insyaAllah apa yang aku lakukan adalah kerana Allah untuk mendapat redhaNya semata untuk dunia dan akhirat insyaAllah semoga Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang lemah ini.. semoga Allah tetapkan dan tingkatkan iman ini amin..

Ikhlaskah aku melakukan semua ini?.. InsyaAllah keikhlasan itu tak dapat nak diungkap seumpama “semut api berada di atas batu pada waktu malam”..
insyaAllah… apa yang nak saya sampaikan di sini jika kita melakukan sesuatu kita haruslah ikhlas dan pastikan niat kita betul LILLAHI TAALA.. sama-sama la kita bermuhasabah diri mengharapkan redha ILLAHI.. ^^ 

No comments:

Post a Comment