Bismillahirahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW
nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan.
Alhamdulillah hari ini Allah masih meminjamkan aku nikmat iman dan masih
memberikan aku nafas untuk terus bermusafir di bumi-NYA ini... terima kasih Ya
Allah hanya kepadaMu tempat aku memohon kesyukuran dan kepadaMu tempatku
memohon taubat.
Malam ni kalaw nak
diikutkan jadual harian ada kelas tapi Prof cancel kelas dengan izin Allah
malam ni juga ada forum “Hijrah Remaja” yang disampaikan oleh Imam Muda M.Asraf
Ridwan & Imam Muda Hizbur Rahman.. subahanaullah penyampaian mereka sagat
menarik, kalau nak ikutkan hati rasa tak nak jer forum ni habis, best sagat..
apa yang dapat saya kongsi Rasulullah saw menyatakan “ golongan yang paling
mudah untuk berubah adalah diantara golongan orang muda ” dimana golongan orang
muda yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw golongan yang berusia 40 tahun ke
bawah. insyaAllah hijrah dapat membuat perubahan daripada perkara yang tidak
baik kepada baik dan lebih baik insyaAllah.. jika kita lihat pada zaman
Rasulullah saw majority golongan yang berubah untuk memasuki Islam dan berusaha
untuk mencari kebenaran adalah golongan muda. Contoh kita boleh lihat pada bayi
yang baru lahir dia pasti akan mengalami perubahan yang mengikut peringkat
dengan mudah. Saya ingin berkongsi sedikit “ biarlah usia kita tua yang penting
jiwa kita sentiasa muda & biarlah kita habiskan nafas ini dengan Islam ”
insyaAllah. Setiap perubahan atau apa jer yang kita nak lakukan untuk
menegakkan agama Allah pasti akan menempuhi halangan dan cabaran, kita mesti
igat bahawa peranan orang muda sangat penting dalam Islam. Jika kita nak
berubah:
·
kita kena bermula dengan niat
dan hati kerana Allah SWT
Jika kita ingin melakukan
apa-apa kita kena niat Lillahi Taala supaya apa sahaja yang kita lakukan akan
menjadi satu ibadah disisi Allah dan mendapat keredhaan-NYA insyaAllah. Ikut
niat kita jika kita berniat untuk dunia kita akan dapat dunia dan jika kita
berniat untuk satu ibadah kita dapat dunia dan akhirat insyaAllah. Ingatlah
“baik hati kita maka baiklah seluruh badan kita” betapa penting untuk kia
menjaga hati kita kerana disitulah terletaknya iman.. “umur aku bertambah tapi
amalan aku tidak bertambah”
·
Allah bagi ujian kepada
kita Allah nak mengangkat darjat kita lebih tinggi…
Mungkin kita sudah berniat
nak berubah untuk menjadi hamba Allah yang soleh atau solehah jadi Allah
memberi kita ujian untuk menguji iman kita.. “Allah tidak akan menguji hambanya
diluar kemampuan hambaNya”
·
Ganjaran yang mulia
Untuk mendapatkan ganjaran
Allah kita mestilah sabar.. kita kena yakin dengan ganjaran yang Allah telah
janjikan kepada hambanya yang beriman. Jika kita mengatakan aku mengikut sirah
nabi jika ungkapan ini hanya dimulut ia tidak berguna… “Ya Allah selamatkanlah
aku Ya Allah”
“berimanlah kepada Allah
dan idtiqamah” untuk melakukan proses ini memang susah sebab itulah kita harus
berusaha dan bersabar, memohon doa pada Allah agar diberikan petunjuk dan
dikuatkan iman. Proses untuk berubah kita mestilah tegas dalam beragama kerana
persekitaran dan kawan-kawan merupakan pengaruh yang sangat kuat “ manusia ini
tidak lari dari perbuatan zalim” kita kena sentiasa beristigfar jika kita
melakukan dosa… insyaAllah sampai sini saja sedikit ilmu yang dapat saya kongsi
segala kelebihan datang Allah SWT dan segala kekurangan datang dari diri saya
sendiri.. assalamualaikum. ^^