Thursday, May 5, 2011

ZiNa HaTi

Go to fullsize image

"apa beza kita dengan diaorang kat situ ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasangan 'couple' yang sedang lepak berdua-duaan di tempat duduk sepanjang taman.
"ala, kita ni baik sikit. tak ada pegang-pegang. tutup aurat elok. sampai waktu solat, kita solat. erm Islamic siket la.."
"Hmm.. dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
kali ni aku terus diam terpaku...
"Erm abaikan jer lah. saja jer saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.
beberapa hari selepas itu Amin ada menghantar email kepadaku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. aku sudah mula faham sedikit sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang tidak 'rasmi' ini. dan sejak daripada itu dia tidak pernah menelefon aku.. sms hanya bertanyakan pelajaran sahaja itu pun boleh di bilang dengan jari..
namun...
aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. tudungku pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada, dialah yang memperkenalkan ku apa itu usrah dan dakwah. dia juga yang berpesan 'jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. InsyaAllah Dia akan jaga hubungan kita'.
Amin: assalamualaikum wbt
Nur: wsalam...
Amin: apa khbar? sihat? iman baik?
Nur: alhamdulillah... sihat2..
Amin: hurm, dah lama nak tanya sebenarnya...
Nur: apa dia? tanya la...
Amin: apa pendapat awak tentang kitasekarang?
Nur: erm.. macam awk kata dalam email dulu yang kita ni kan 'kawan'.. tak lebih daripada itu..
tapi, special sikit.. tiada couple-couple macam orang lain.. so statusnya kawan je la.. betul tak?
Amin: hurm ini opinion je la.. antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri.. yang lain atas alasan apa sekalipun ia tak patut di terima..
Nur: jadi...
Amin: saya rasa kita harus stop.. stop untuk berpisah... sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan keliru...benda ini akan membuat hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku.. walaupun kita jauh, tidak call, tak jumpa dll, tetapi hati tetap berzina...
saya bercakap itu dan ini kepada orang ramai.. tapi, dalam masa yang sama saya menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat... kononnya islamic... saya rasa cara ini tak betul... kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ini dengan islam.. then, orang nampak islamic... saya rasa takda bezapun kita dengan orang lain yang duk bercouple nieh...
jadi, saya rasa kita harus berpisah... demi menjaga diri dan sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha illahi.. maaf untuk segala apa yang kita telah buat.. dan maaf juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...
andai ada jodoh, moga dipertemukan...