Sunday, November 27, 2011

Hadiah Buat Tersayang




Bismillahirahmanirahim…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah SWT di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat dan membawa rahmat dan keberkatan kepada seluruh manusia.

Syukur Alhamdulillah kehadrat ILLAHI, kerana masih meminjamkan nyawa dan iman  kepada ku serta kedua orang tuaku untuk terus berada dibumiNya yang nyata. Terima kasih Ya Allah kerana dengan izinMu orang tua hamba dapat melihat kejayaan hamba hari ini, selama 3 tahun hamba berjihad menuntut ilmu di perantauan merentasi laut cina selatan selama itu jugalah hamba menyimpan rindu kepada keluarga terutama mak dan ayah. Dalam tempoh ini hamba cuba unuk bertahan, menahan segala perasaan demi kebahagiaan orang tuaku aku sanggup melakukan apa saja kerana Allah untuk mendapatkan segulung diploma dan hanya kepadaMu tempat hamba meluahkan kerana hamba yakin kepadaMu Ya Allah. Akhirnya tibalah waktu yang dinantikan untukku 22 oktober 2011..

“ mak ayah, inilah hadiah anakmu untuk mak dan ayah”

Ya Allah selama 21 tahun orang tuaku mejaga dan memeliharaku, selama hidupku ini tidak pernah sekalipun aku memberi orang tuaku hadiah hari lahir mereka tetapi pada hari ini dengan izinMu Ya Alah aku telah memberi hadiah dengan segulung diploma untuk mak dan ayah. Pada hari ini aku dapat merasakan dan melihat keceriaan, kegembiraan dan kesyukuran pada wajah mak dan ayah.. terima kasih Ya ALLAH.


                                                                    Mak ayah..
Ketahuilah bahawa anakmu ini sangat menyayangimu
anakmu  ini sentiasa merindui belaian kasihmu
anakmu ini sanggup berkorban untuk mu demi ILLAHI
doakanlah untuk kejayaan anakmu ini
sekali lagi anakmu ini berjihat dimedan ilmu dan berusaha mencari redha ILLAHI
ampunkanlah segala dosa yang telah anakmu ini lakukan kepadamu
Mak ayah walaupun hari ini anakmu ini tidak berada dismpingmu tapi..
Ketahuilah bahawa anakmu ini sangat mencintaimu setelah Allah dan RasulNya.

“Ya Allah izinkanlah aku memberi hadiah ke2 untuk orang tuaku dimana hadiah yang diinginkan oleh setiap orang tua kepada anak mereka iaitu segulung ijazah”
Hamba bertawakal dengan segala ketentuanMU Ya Allah –hafsah marjuni-