Friday, October 4, 2013

Hubungan kita D ikat dgn IMAN



Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
(UNIC : Kau kawan, sahabat dan teman) 

Bismillahirrahmanirrahim segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam....
terima ksih Ya Allah kerana Engkau mempertemukan aku dengan insan2 yang bergelar sahabat..

teringat saya pada penyampaian cikgu Azmi Bahari dalam Kem "Twin Of Faith" saya sangat tertarik dgn perkataan iman & ukhwah adalah TIKET ke SYURGA Allah SWT insyaAllah.. 

cikgu menceritakan tentang sahabat Rasulullah SAW dimana para sahabat ini melihat sahabat2 mereka seperti mereka melihat syurga.. subhanallah inilah antara keindahan y kita temui dlm kehidupan para sahabat iaitu UKHWAH.. dimana nilai ukhwah itu adalah syurga Allah dan ukhwah digambarkan seperti bunga yang menyerikan hubungan sesasa mukmin insyaAllah.

kawan2 ingat tak dengan janji Allah dimana jika kita memaafkan kawan2 kita Allah akan menghapuskan / mengampunkan dosa kita.. seperti kisah seorang pemuda ahli syurga dimana sebelum tidur pemuda ini akan memaaf kesalahan orang lain. 

"diriku hanyalah seperti yang kamu lihat, tapi memang tak pernah terbetik dalam hatiku perasaan dengki pada orang2 Muslim yang lain, atau iri terhadap semua yang Allah anugerahkan pada mereka" 

(Hadits riwayat Ahmad menurut bukhori, muslim & an-nasa'i) 

hubungan kita diikat dengan iman 

"Dan Dialah yang menyatukan antara hati meraka (orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. sesungguhnya Dia Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana" 

(Al-Anfal ayat 63)
kawan saya dari usia 5 tahun pergi sekolah sama2 dari Tabika, Sekolah Rendah, Menenggah & Diploma 

Tingkatan 3 Reflesia (2005)

Tingkatan 5 Sains (2007)

Diploma Pengurusan Teknologi (2008) Kolej Teknology Darulnaim Kelantan

Ijazah Pengurusan Teknologi (2011)

Kawan2 Silat Cekak Hanafi UTM

Sahibah2 Haluan Siswi UTM

 Adik2 Halaqah KTD

Adik2 Junior KTD





Friday, April 12, 2013

aQ MusLimaH




Aku Muslimah......
keIslamanku kerana keluargaku ISLAM
Islam kujalani dengan
tuntutan ADAT ISTIADAT

Tiba-tiba aku TERGAMANG !!
sebahagian rutinku dan islam
ada yang tidak BERSAMBUNGAN...

ingin TAHU..
aku mula mencari... mencari dan mencari..
ku abaikan apa kata ORANG
ku abaikan SAKIT dan LELAH
aku BERJUANG keras saat NAFSU berkuasa 
atas diriku..

Ya Allah beri aku kesempatan MELANGKAH..
Ya Allah biarkan bersama para MUSLIMAH...
Ya Allah izinkan aku KHUSNUL KHOTIMAH...
Ya Allah redhakan SYURGA untuk ku..
Ya Allah ku RINDU cahayaMU..
CAHAYA MUSLIMAH
INSYAALLAH

Kepada mak dan ayah ini surat kecil dari anakmu..
mak ayah.. adakah anakmu ini mampu menjadi anak yang solehah??
mak ayah maafkan anakmu ini..
 kerana diri ini sering kecilkan hati mak dan ayah, diri ini sering melakukan silap tak mampu untuk menjadi anak yang solehah anak yang sabar kerana hati ini sering memberontak, meninggikan suara tuk menunjukkan rasa tak puas hati.. mak ayah jangan lah bosan dan jemu untuk menyebut namaku dalam doamu kerana diri ini sangat memerlukan...

mak ayah ini janji ku!!!..
kini aku akan melangkah dan terus melangkah.. melangkah untuk mencari redha Illahi agar aku boleh menjadi seorang anak yang solehah, aku inigin menjadi seorang yang mampu memberi cahaya dan kebahagian kepada mak dan ayah.. aku ingin menjadi seorang anak yang mampu membawa mak dan ayah ke syurga Allah insyaAllah... 
 "Ya Allah berilah aku kebahagiaan dan kejayaan di dunia untuk akhiratMU"
amen.


rindu mak dan ayah

 " Ya Allah janganlah Engkau ambil orang yang aku sayang ini sebelum aku sempat menjaga dan mebahagiakan mereka "

Ya Allah perkenankanlah doa hamba dan doa ibu bapa hamba sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui