Monday, February 3, 2014

Surat Dari Iblis



Aku melihatmu kelmarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Engkau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian engkau juga tidak mengucapkan “Bismillah”sebelum memulakan santapanmu. Malah tidak sempat mengerjakan solat isyak sebelum berangkat ke tempat tidurmu. Engkau benar-benar orang yang bersyukur. Aku menyukainya.

Aku tidak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak berubah cara hidupmu. Wahai sang bodoh! Engkau milikku.

Ingat engkau dan aku sudah bertahun-tahun bersama dan aku masih belum boleh benar-benar mencintaimu. Malah aku masih membencimu, kerana aku membenci Allah SWT. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah SWT. Dia sudah mengeluarkan aku dari syurga dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.

Engkau lihat Allah SWT mencintaimu dan Dia masih memiliki rencana-rencana untukmu pada hari depan. Walaupun demikian engkau telah menyerahkan hidupmu padaku dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita boleh bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati Allah SWT, Tuhan kita.

Aku benar-benar berterima kasih kepadamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa-masa yang kita jalani bersama. Kita menonton filem lucah bersama, memaki orang,mencuri, berbohong, bersifat munafik, makan kenyang-kenyang, bergosip, menghakimi orang tanpa usul periksa, menghujani orang dari belakang serta tidak hormat pada orang tua.

Kita juga tidak menghargai dan mengunjungi masjid, berperilaku buruk. Tentunya engkau tidak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah wahai sang bodoh, kita terbakar bersama, selamanya

Aku masih memiliki rencana-rencana hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untukmu. Aku ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana sudah mengizinkan aku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Engkau memang sangat mudah diperbodohkan. Aku mentertawakanmu wahai sang bodoh!

Saat engkau tergoda berbuat dosa, engkau menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Engkau sudah dua puluh tahun tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Justeru itu, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Apa yang perlu engkau lakukan adalah terus mabuk dengan arak, menjamah perempuan tidak halal, berbohong, berjudi, bergosip dan hiduplah semungkar mungkin.

Lakukan semua ini di depan anak-anakmu dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak, wahai sang bodoh!

Baiklah aku persilakan engkau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggodamu sekian kalinya. Jika engkau cukup cerdas, engkau akan lari sembunyi dan bertaubat atas dosa-dosamu.

Memperingati orang bukan tabiat aku, tetapi di usiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Ikhlas dariku. Terima kasih.
                                                                                                                                            ...iblis

Sunday, February 2, 2014

Aku Pelajar Praktikal


Dengan Langkah Kanan..
"Bismillahirrahmanirrahim"

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
alhamdulillah 27 januari 2014 merupakan hari pertama aku menjalankan latihan industri di Wisma Sedco (Sabah Economic Development Corporation) bahagian Pembangunan Sumber Manusia Lembaga Koko Malaysia.


Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.. di sini aku membawa harapan yang tinggi begitu juga harapan kedua orang tua ku..


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. dan (ingatlah) sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendakiNYA. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
 


(ayat 1000 Dinar / surah At-Talaq ayat 2-3 ) 


insyaAllah inilah tempat ku, selama 6 bulan aku berkhidmat sebagai pelajar industri.. Ya Allah aku bertawakal kepada MU, berilah yang terbaik untuk ku dengan memudahkan segala urusanku.. lembutkanlah hati insan-insan yang ada di sekelilingku untuk menerima kehadiranku.. & hanya kepadaMU tempatku memohon perlindungan..


sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya "bagaimana menghapuskan karat tersebut?" Rasulullah SAW menjawab "banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran

(HR Ibnu Umar r.a)


Friday, October 4, 2013

Hubungan kita D ikat dgn IMAN



Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
(UNIC : Kau kawan, sahabat dan teman) 

Bismillahirrahmanirrahim segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam....
terima ksih Ya Allah kerana Engkau mempertemukan aku dengan insan2 yang bergelar sahabat..

teringat saya pada penyampaian cikgu Azmi Bahari dalam Kem "Twin Of Faith" saya sangat tertarik dgn perkataan iman & ukhwah adalah TIKET ke SYURGA Allah SWT insyaAllah.. 

cikgu menceritakan tentang sahabat Rasulullah SAW dimana para sahabat ini melihat sahabat2 mereka seperti mereka melihat syurga.. subhanallah inilah antara keindahan y kita temui dlm kehidupan para sahabat iaitu UKHWAH.. dimana nilai ukhwah itu adalah syurga Allah dan ukhwah digambarkan seperti bunga yang menyerikan hubungan sesasa mukmin insyaAllah.

kawan2 ingat tak dengan janji Allah dimana jika kita memaafkan kawan2 kita Allah akan menghapuskan / mengampunkan dosa kita.. seperti kisah seorang pemuda ahli syurga dimana sebelum tidur pemuda ini akan memaaf kesalahan orang lain. 

"diriku hanyalah seperti yang kamu lihat, tapi memang tak pernah terbetik dalam hatiku perasaan dengki pada orang2 Muslim yang lain, atau iri terhadap semua yang Allah anugerahkan pada mereka" 

(Hadits riwayat Ahmad menurut bukhori, muslim & an-nasa'i) 

hubungan kita diikat dengan iman 

"Dan Dialah yang menyatukan antara hati meraka (orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. sesungguhnya Dia Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana" 

(Al-Anfal ayat 63)
kawan saya dari usia 5 tahun pergi sekolah sama2 dari Tabika, Sekolah Rendah, Menenggah & Diploma 

Tingkatan 3 Reflesia (2005)

Tingkatan 5 Sains (2007)

Diploma Pengurusan Teknologi (2008) Kolej Teknology Darulnaim Kelantan

Ijazah Pengurusan Teknologi (2011)

Kawan2 Silat Cekak Hanafi UTM

Sahibah2 Haluan Siswi UTM

 Adik2 Halaqah KTD

Adik2 Junior KTD





Friday, April 12, 2013

aQ MusLimaH




Aku Muslimah......
keIslamanku kerana keluargaku ISLAM
Islam kujalani dengan
tuntutan ADAT ISTIADAT

Tiba-tiba aku TERGAMANG !!
sebahagian rutinku dan islam
ada yang tidak BERSAMBUNGAN...

ingin TAHU..
aku mula mencari... mencari dan mencari..
ku abaikan apa kata ORANG
ku abaikan SAKIT dan LELAH
aku BERJUANG keras saat NAFSU berkuasa 
atas diriku..

Ya Allah beri aku kesempatan MELANGKAH..
Ya Allah biarkan bersama para MUSLIMAH...
Ya Allah izinkan aku KHUSNUL KHOTIMAH...
Ya Allah redhakan SYURGA untuk ku..
Ya Allah ku RINDU cahayaMU..
CAHAYA MUSLIMAH
INSYAALLAH

Kepada mak dan ayah ini surat kecil dari anakmu..
mak ayah.. adakah anakmu ini mampu menjadi anak yang solehah??
mak ayah maafkan anakmu ini..
 kerana diri ini sering kecilkan hati mak dan ayah, diri ini sering melakukan silap tak mampu untuk menjadi anak yang solehah anak yang sabar kerana hati ini sering memberontak, meninggikan suara tuk menunjukkan rasa tak puas hati.. mak ayah jangan lah bosan dan jemu untuk menyebut namaku dalam doamu kerana diri ini sangat memerlukan...

mak ayah ini janji ku!!!..
kini aku akan melangkah dan terus melangkah.. melangkah untuk mencari redha Illahi agar aku boleh menjadi seorang anak yang solehah, aku inigin menjadi seorang yang mampu memberi cahaya dan kebahagian kepada mak dan ayah.. aku ingin menjadi seorang anak yang mampu membawa mak dan ayah ke syurga Allah insyaAllah... 
 "Ya Allah berilah aku kebahagiaan dan kejayaan di dunia untuk akhiratMU"
amen.


rindu mak dan ayah

 " Ya Allah janganlah Engkau ambil orang yang aku sayang ini sebelum aku sempat menjaga dan mebahagiakan mereka "

Ya Allah perkenankanlah doa hamba dan doa ibu bapa hamba sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui

Monday, January 16, 2012

Biar buta mata jangan hati



Bismillahirahmanirrahim…. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam terima kasih Ya Allah kerana mengenalkan aku dengan seorang hambaMu dalam tak sedar baru hari ini aku merasakan diri ini telah banyak yang berubah insyaAllah perubahan ini adalah perubahan yang positif…

“ Ya Allah tanamkan keimanan dalam hatiku.. jadikanlah aku hambaMu yang beruntung ”
Kadang-kadang bila bersendirian diri ini seolah-olah berdialog, berdialog dengan hati…

Kenapa aku berpakaian macam ini?
Sebab siapa aku lakukan semua ini?
Ikhlaskah aku melakukan semua ini?

3 persoalan azimat ini selalu bermain di minda seolah-olah iginkan jawapan yang pasti dan ikhlas..

Kenapa aku berpakaian macam ini?... seorang muslimah pakaian yang terbaik untuknya adalah menutup auratnya… tidak semestinya dia memakai tudung labuh ataupun pakaian yang labuh yang penting dia menutup auratnya… sebab pakaian yang labuhpun ada juga yang menampakkan aurat Allahualam… terus terang aku juga manusia biasa dulu aku juga pengguna baju “adik” terus terang perasaan bangga ada dalam diri ketika ini tak tahulah apa yang dibanggakan sangat mukin kita bangga sebab orang boleh lihat body kita yang lawa kot ( J contoh).. tapi sekarang aku bersyukur sangat kehadrat Illahi kerana  membuka hati ini untuk mendapat keredhaanNya.. terima kasih Ya Allah.. terus terang semasa aku berpakaian yang disunnatkan oleh Rasulullah saw untuk menutup aurat ada satu perasaan yang timbul…  ( tak tahu nak kata perasaan tu macam mana hanya Allah Yang Maha Mengetahi)…

Sebab siapa aku lakukan semua ini?... setelah lama aku berfikir akhirnya aku dapat jawapanku sendiri.. aku lakukan semua ini kerana seseorang ini adalah silap yang terlalu besar yang aku lakukan.. orang kata nawaitu salah… sebab apa saja yang kita lakukan mestilah Lillahi Taala barulah apa yang kita buat itu menjadi satu ibadah pada Allah… tidak di nafikan dulu aku lakukan semua ini kerana ingin menarik perhatian seseorang tapi sekarang Alhamdulillah semua niat ini dapataku bersihkan kerana Allah.. insyaAllah apa yang aku lakukan adalah kerana Allah untuk mendapat redhaNya semata untuk dunia dan akhirat insyaAllah semoga Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang lemah ini.. semoga Allah tetapkan dan tingkatkan iman ini amin..

Ikhlaskah aku melakukan semua ini?.. InsyaAllah keikhlasan itu tak dapat nak diungkap seumpama “semut api berada di atas batu pada waktu malam”..
insyaAllah… apa yang nak saya sampaikan di sini jika kita melakukan sesuatu kita haruslah ikhlas dan pastikan niat kita betul LILLAHI TAALA.. sama-sama la kita bermuhasabah diri mengharapkan redha ILLAHI.. ^^ 

Monday, January 9, 2012

lemah imanku...


Bismillahirrahmanirahim…
Ya Allah adilkah aku dlm mbuat kputusan ini… seperti perumpamaan “diluah mati bapak ditelan mati emak” ( hehe.. betul ke tak bahasaku ni..)
Rasa dIri ini serbasalah sangat.. tak tahu nak buwat keputusan macam mna dua2 kawan satu nak siapkan tugasan pagi ni jugak sebenarnya aku no hal siap awal lg bagus tapi masalah sekarang ni seorang sahabat ni.. sya tahu dia tak nak buwat lagi tugasan ni sebab  dia nak buwat persediaan tuk pembentangan dia malam ni (tegok dari riaksi diapun da tau huhuu… mungkin ini satu kelebihan yang Allah beri kepadaku “memahami seseorang itu walau hanya melihat pada riaksinya” Alhamdulillah)… tapi bila saya minta pendapat dia nak buwat tugasan ni ke tak sakarag ni… jawapan dia “ikutlah”… ( jawapan yang sangat tak pasti untuk ku) member satu ni pulak tak pandai nak faham… (tak tahu nak kata macam mana selama aku hidup di perantauan ni da banyak da aku jumpa peragai manusia macam2 ragam.. tapi semua ini membuatkan aku menjadi lebih matang dan membuatkan aku sentiasa berfikir.. Indah sungguh ciptaan Illahi betapa hebatnya Kuasa Allah yang menciptakan mahluk pelbagai ragam.. )
Ya Allah betulkah apa yang aku lakukan ini..
(aku membuat keputusan sendiri untuk buat tugasan tu malam ni tak tahulah sama ada keputusan yang aku lakukan ini akan menyakitkan @ melukakan hati @ prasaan sahabatku…) maafkan aku Ya Allah sesunuhnya aku amat lemah dalam hal sebegini.. hanya doa y mampu aku lakukan..
“ Ya Allah lembutkanlah hati2 sahabatku n berilah sahabatku hidayahMu”
Apa yang saya nak kongsi disini???
sangat sukar untuk  membuat hati semua orang gembira..

Pengalaman saya (hehehe.. kantoi sikit), saya pernah buat suatu perkara untuk sahabat2 saya, saya ingatkan apa yang saya buat itu dapat menggembirakan hati semua orang.. tapi sebaliknya yang berlaku.. kadang2 terfikir adakah diri ini diperlukan.. adakah diri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.. hina sangat ker diri ini???.. kadang2 saya terfikir sendiri banyak sangat persoalan yang timbul difikiran tanpa ada jawapan… ) kadang2 kita terpaksa untuk mengalah demi kebahagiaan sahabat kita...

Setelah sekian lama saya teringat kata sahabat saya dahulu ayat dia simple jer…
“yakinlah, yakinlah pada ILLAHI”

InsyaAllah yakinlah kita pada Allah sesungguhnya Allah pasti akan mendegar rintihan hati ini dan ingat lah wahai saudaraku hanya pada Allah lah tempat yang terbaik untuk kita meluahkan segala perasaan, masalah dan kegembiraan kita yakinlah bahawa Allah sentiasa berada di belakang kita untuk membantu kita… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…

Fahamlah wahai saudaraku… kadang suatu perkara itu kita rasakan baik untuk kita tapi bagi Allah tak baik… mungkin apa yang kita rasakan tak baik untuk kita bagi Allah ia baik… redho lah kita dengan apa yang berlaku di sekeliling kita sesungguhnya keputusan Illahi adalah yang terbaik untuk hambaNya.
Fikirlah wahai saudaraku… sesungguhnya apa yang kita dapatkan di bumi yang sementara ini pasti ada ujian dan hikmahnya… bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang kita ada janganlah kita menjadi orang yang tamak kerana orang yang tamak selalu rugi.. dan bersabarlah kita ketika menerima ujianNya sesungguhnya orang yang sabar adalah seorang yang beruntung..
Awak adalah kawan baik saya..
Awak adalah pembimbing saya..
Awak juga adalah kawan di dunia dan akhirat saya..
Terimah kasih atas segala-galanya wahai sahabatku.
“orang yang bijaksana adalah orang yang mampu menahan kemarahannya”
-sinario ini takda kaitan antara yang hidup dan mati- ^^


Thursday, December 8, 2011

Hijrah Remaja



Bismillahirahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Alhamdulillah hari ini Allah masih meminjamkan aku nikmat iman dan masih memberikan aku nafas untuk terus bermusafir di bumi-NYA ini... terima kasih Ya Allah hanya kepadaMu tempat aku memohon kesyukuran dan kepadaMu tempatku memohon taubat.
Malam ni kalaw nak diikutkan jadual harian ada kelas tapi Prof cancel kelas dengan izin Allah malam ni juga ada forum “Hijrah Remaja” yang disampaikan oleh Imam Muda M.Asraf Ridwan & Imam Muda Hizbur Rahman.. subahanaullah penyampaian mereka sagat menarik, kalau nak ikutkan hati rasa tak nak jer forum ni habis, best sagat.. apa yang dapat saya kongsi Rasulullah saw menyatakan “ golongan yang paling mudah untuk berubah adalah diantara golongan orang muda ” dimana golongan orang muda yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw golongan yang berusia 40 tahun ke bawah. insyaAllah hijrah dapat membuat perubahan daripada perkara yang tidak baik kepada baik dan lebih baik insyaAllah.. jika kita lihat pada zaman Rasulullah saw majority golongan yang berubah untuk memasuki Islam dan berusaha untuk mencari kebenaran adalah golongan muda. Contoh kita boleh lihat pada bayi yang baru lahir dia pasti akan mengalami perubahan yang mengikut peringkat dengan mudah. Saya ingin berkongsi sedikit “ biarlah usia kita tua yang penting jiwa kita sentiasa muda & biarlah kita habiskan nafas ini dengan Islam ” insyaAllah. Setiap perubahan atau apa jer yang kita nak lakukan untuk menegakkan agama Allah pasti akan menempuhi halangan dan cabaran, kita mesti igat bahawa peranan orang muda sangat penting dalam Islam. Jika kita nak berubah:
·        kita kena bermula dengan niat dan hati kerana Allah SWT
Jika kita ingin melakukan apa-apa kita kena niat Lillahi Taala supaya apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi satu ibadah disisi Allah dan mendapat keredhaan-NYA insyaAllah. Ikut niat kita jika kita berniat untuk dunia kita akan dapat dunia dan jika kita berniat untuk satu ibadah kita dapat dunia dan akhirat insyaAllah. Ingatlah “baik hati kita maka baiklah seluruh badan kita” betapa penting untuk kia menjaga hati kita kerana disitulah terletaknya iman.. “umur aku bertambah tapi amalan aku tidak bertambah”
·        Allah bagi ujian kepada kita Allah nak mengangkat darjat kita lebih tinggi…
Mungkin kita sudah berniat nak berubah untuk menjadi hamba Allah yang soleh atau solehah jadi Allah memberi kita ujian untuk menguji iman kita.. “Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya”
·        Ganjaran yang mulia
Untuk mendapatkan ganjaran Allah kita mestilah sabar.. kita kena yakin dengan ganjaran yang Allah telah janjikan kepada hambanya yang beriman. Jika kita mengatakan aku mengikut sirah nabi jika ungkapan ini hanya dimulut ia tidak berguna… “Ya Allah selamatkanlah aku Ya Allah”

“berimanlah kepada Allah dan idtiqamah” untuk melakukan proses ini memang susah sebab itulah kita harus berusaha dan bersabar, memohon doa pada Allah agar diberikan petunjuk dan dikuatkan iman. Proses untuk berubah kita mestilah tegas dalam beragama kerana persekitaran dan kawan-kawan merupakan pengaruh yang sangat kuat “ manusia ini tidak lari dari perbuatan zalim” kita kena sentiasa beristigfar jika kita melakukan dosa… insyaAllah sampai sini saja sedikit ilmu yang dapat saya kongsi segala kelebihan datang Allah SWT dan segala kekurangan datang dari diri saya sendiri.. assalamualaikum. ^^