Monday, January 9, 2012

lemah imanku...


Bismillahirrahmanirahim…
Ya Allah adilkah aku dlm mbuat kputusan ini… seperti perumpamaan “diluah mati bapak ditelan mati emak” ( hehe.. betul ke tak bahasaku ni..)
Rasa dIri ini serbasalah sangat.. tak tahu nak buwat keputusan macam mna dua2 kawan satu nak siapkan tugasan pagi ni jugak sebenarnya aku no hal siap awal lg bagus tapi masalah sekarang ni seorang sahabat ni.. sya tahu dia tak nak buwat lagi tugasan ni sebab  dia nak buwat persediaan tuk pembentangan dia malam ni (tegok dari riaksi diapun da tau huhuu… mungkin ini satu kelebihan yang Allah beri kepadaku “memahami seseorang itu walau hanya melihat pada riaksinya” Alhamdulillah)… tapi bila saya minta pendapat dia nak buwat tugasan ni ke tak sakarag ni… jawapan dia “ikutlah”… ( jawapan yang sangat tak pasti untuk ku) member satu ni pulak tak pandai nak faham… (tak tahu nak kata macam mana selama aku hidup di perantauan ni da banyak da aku jumpa peragai manusia macam2 ragam.. tapi semua ini membuatkan aku menjadi lebih matang dan membuatkan aku sentiasa berfikir.. Indah sungguh ciptaan Illahi betapa hebatnya Kuasa Allah yang menciptakan mahluk pelbagai ragam.. )
Ya Allah betulkah apa yang aku lakukan ini..
(aku membuat keputusan sendiri untuk buat tugasan tu malam ni tak tahulah sama ada keputusan yang aku lakukan ini akan menyakitkan @ melukakan hati @ prasaan sahabatku…) maafkan aku Ya Allah sesunuhnya aku amat lemah dalam hal sebegini.. hanya doa y mampu aku lakukan..
“ Ya Allah lembutkanlah hati2 sahabatku n berilah sahabatku hidayahMu”
Apa yang saya nak kongsi disini???
sangat sukar untuk  membuat hati semua orang gembira..

Pengalaman saya (hehehe.. kantoi sikit), saya pernah buat suatu perkara untuk sahabat2 saya, saya ingatkan apa yang saya buat itu dapat menggembirakan hati semua orang.. tapi sebaliknya yang berlaku.. kadang2 terfikir adakah diri ini diperlukan.. adakah diri ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.. hina sangat ker diri ini???.. kadang2 saya terfikir sendiri banyak sangat persoalan yang timbul difikiran tanpa ada jawapan… ) kadang2 kita terpaksa untuk mengalah demi kebahagiaan sahabat kita...

Setelah sekian lama saya teringat kata sahabat saya dahulu ayat dia simple jer…
“yakinlah, yakinlah pada ILLAHI”

InsyaAllah yakinlah kita pada Allah sesungguhnya Allah pasti akan mendegar rintihan hati ini dan ingat lah wahai saudaraku hanya pada Allah lah tempat yang terbaik untuk kita meluahkan segala perasaan, masalah dan kegembiraan kita yakinlah bahawa Allah sentiasa berada di belakang kita untuk membantu kita… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui…

Fahamlah wahai saudaraku… kadang suatu perkara itu kita rasakan baik untuk kita tapi bagi Allah tak baik… mungkin apa yang kita rasakan tak baik untuk kita bagi Allah ia baik… redho lah kita dengan apa yang berlaku di sekeliling kita sesungguhnya keputusan Illahi adalah yang terbaik untuk hambaNya.
Fikirlah wahai saudaraku… sesungguhnya apa yang kita dapatkan di bumi yang sementara ini pasti ada ujian dan hikmahnya… bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang kita ada janganlah kita menjadi orang yang tamak kerana orang yang tamak selalu rugi.. dan bersabarlah kita ketika menerima ujianNya sesungguhnya orang yang sabar adalah seorang yang beruntung..
Awak adalah kawan baik saya..
Awak adalah pembimbing saya..
Awak juga adalah kawan di dunia dan akhirat saya..
Terimah kasih atas segala-galanya wahai sahabatku.
“orang yang bijaksana adalah orang yang mampu menahan kemarahannya”
-sinario ini takda kaitan antara yang hidup dan mati- ^^