Tuesday, April 19, 2011

HaWa

Wahai kakakku...
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja..
Wahai adikku...
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya..
tapi disitulah wahai adikku.. kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi izzah paling gah .. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki...
Duhai adikku...
lembut wanita itu bukan kerana lemah tapi senjata..
Namun wahai kakakku..
wanita itu fitnah dunia
Pernahkah adikkku dengar..
pesanan Illahi kepada hambanya
" wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu " cuba adik nilai... pada siapakah terlebih dahulu
Allah dahulukan pesanannya?..
pada hamba yang bergelar al-rijal..
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat
akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
dan titaklah Allah lupa pesanan buat wanita.. agar memelihara auratnya.. kerana disitulah kehormatannya.. bukan fitnah semata-mata jikalau al-rilaj dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu...sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh...
Tapi kakakku... kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?
Wahai adikku sayang.. al-haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan wujudnya seiring dengan nafas insani dan al-haya' itulah pakaian iman dalam diri wanita itu indah...
al-haya' sebagai pembenteng diri... namun bila mana al-haya' itu lebur imannya runtuh..
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?.. kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik... mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi... Namun adikku...
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu...
Wahai adikku.. 10O1 keindahan penciptaan wanita pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir..
Wahai adikku... janganlah adik gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu dan engkau sekali-kali merendahkan dirimu... menggugurkan diri menyembah tanah sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...