Monday, November 28, 2011

Duhai hati


Duhai hati..
Hati ini sudah lama tidak berperasaan
Kering, kemarau
Mungkin berhabuk,
Yang ada sudah pergi
Yang tiada mangkin menghilang
Yang disisi belum tentu memahami
Yang faham belum tentu mendengar
Yang mendengar belum tentu merasai

Diri yang merasa… segalanya perlu ditahan…
Biar pahit… biar keras… namun amat berguna..
Agar menjadi lebih kuat..
Kadang-kadang kita perlu meluahkan,
Kerana kebisuan sukar ditafsir
Pandangan sukar dimegertikan…

Bismillahirahmanirahim…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah SWT di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat dan membawa rahmat dan keberkatan kepada seluruh manusia.

 Sahabat aku amat merinduimu…
Dari kecil aku mengenalimu ketika usia kita 5 tahun kita mengikat tali persahabatan begitu lama kita menjalinkan persahabat sampailah sekarang, sehingga diploma Allah mengizinkan kita sama-sama berjihad menuntul ilmu di perantauan tapi kini dengan izin Allah jugalah kita dipisah jauh sehingga kita terpaksa merentasi laut cina selatan untuk bertemu melepaskan kerinduan sabagai seorang sahabat dan saudara seislam kerana Allah.. sahabat masih ingatkah engkau ketika kita kecil, kita selalu ikat rambut sama pergi sekolah sama-sama sehingga kita dewasa ramai menyangkakan kita adik beradik dan semasa kita kerja kita dikatakan kembar setiap detik bersamamu aku rasa lebih selamat dsn bahagia kerana engkau bukan hanya sahabat bagiku tetapi juga seorang kakak untuk ku walaupun aku tua beberapa hari.. sampai suatu ketika kita ingin membina masjid sama-sama tapi aku tidak ada calon lagi sahabatku engkau sangat mengambil berat tentang diriku selalu mengingatkan aku dan hanya engkau sahaja yang memahamiku jika aku ada masalah engkau pasti tahu walaupun aku tak memberitahumu ternyata engkau telah masak dengan peragaiku.. sahabatku kini aku bersendirian diperantauan orang tiada siapa yang aku kenal disini aku bertemu dengan sahabat yang baru tapi ketahuilah wahai sahabatku aku amat merinduimu…
Sahabat…
Engkaulah tempat kedua untuk aku meluahkan segalanya
Jika aku merasa kesedihan engkau pasti meminjamkan bahumu
Jika aku dalam kegembiraan engkau pasti meraikannya
Ketika aku nak meninggalkanmu engkau menjadi orang terakhir yang memelukku
Sabahat…
Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
Walaupun maut menjadi noktahnya
Kerana seorang sahabat itu
Terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain
Biarpun tanpa bayangnya..