Thursday, December 8, 2011

Hijrah Remaja



Bismillahirahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Alhamdulillah hari ini Allah masih meminjamkan aku nikmat iman dan masih memberikan aku nafas untuk terus bermusafir di bumi-NYA ini... terima kasih Ya Allah hanya kepadaMu tempat aku memohon kesyukuran dan kepadaMu tempatku memohon taubat.
Malam ni kalaw nak diikutkan jadual harian ada kelas tapi Prof cancel kelas dengan izin Allah malam ni juga ada forum “Hijrah Remaja” yang disampaikan oleh Imam Muda M.Asraf Ridwan & Imam Muda Hizbur Rahman.. subahanaullah penyampaian mereka sagat menarik, kalau nak ikutkan hati rasa tak nak jer forum ni habis, best sagat.. apa yang dapat saya kongsi Rasulullah saw menyatakan “ golongan yang paling mudah untuk berubah adalah diantara golongan orang muda ” dimana golongan orang muda yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw golongan yang berusia 40 tahun ke bawah. insyaAllah hijrah dapat membuat perubahan daripada perkara yang tidak baik kepada baik dan lebih baik insyaAllah.. jika kita lihat pada zaman Rasulullah saw majority golongan yang berubah untuk memasuki Islam dan berusaha untuk mencari kebenaran adalah golongan muda. Contoh kita boleh lihat pada bayi yang baru lahir dia pasti akan mengalami perubahan yang mengikut peringkat dengan mudah. Saya ingin berkongsi sedikit “ biarlah usia kita tua yang penting jiwa kita sentiasa muda & biarlah kita habiskan nafas ini dengan Islam ” insyaAllah. Setiap perubahan atau apa jer yang kita nak lakukan untuk menegakkan agama Allah pasti akan menempuhi halangan dan cabaran, kita mesti igat bahawa peranan orang muda sangat penting dalam Islam. Jika kita nak berubah:
·        kita kena bermula dengan niat dan hati kerana Allah SWT
Jika kita ingin melakukan apa-apa kita kena niat Lillahi Taala supaya apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi satu ibadah disisi Allah dan mendapat keredhaan-NYA insyaAllah. Ikut niat kita jika kita berniat untuk dunia kita akan dapat dunia dan jika kita berniat untuk satu ibadah kita dapat dunia dan akhirat insyaAllah. Ingatlah “baik hati kita maka baiklah seluruh badan kita” betapa penting untuk kia menjaga hati kita kerana disitulah terletaknya iman.. “umur aku bertambah tapi amalan aku tidak bertambah”
·        Allah bagi ujian kepada kita Allah nak mengangkat darjat kita lebih tinggi…
Mungkin kita sudah berniat nak berubah untuk menjadi hamba Allah yang soleh atau solehah jadi Allah memberi kita ujian untuk menguji iman kita.. “Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya”
·        Ganjaran yang mulia
Untuk mendapatkan ganjaran Allah kita mestilah sabar.. kita kena yakin dengan ganjaran yang Allah telah janjikan kepada hambanya yang beriman. Jika kita mengatakan aku mengikut sirah nabi jika ungkapan ini hanya dimulut ia tidak berguna… “Ya Allah selamatkanlah aku Ya Allah”

“berimanlah kepada Allah dan idtiqamah” untuk melakukan proses ini memang susah sebab itulah kita harus berusaha dan bersabar, memohon doa pada Allah agar diberikan petunjuk dan dikuatkan iman. Proses untuk berubah kita mestilah tegas dalam beragama kerana persekitaran dan kawan-kawan merupakan pengaruh yang sangat kuat “ manusia ini tidak lari dari perbuatan zalim” kita kena sentiasa beristigfar jika kita melakukan dosa… insyaAllah sampai sini saja sedikit ilmu yang dapat saya kongsi segala kelebihan datang Allah SWT dan segala kekurangan datang dari diri saya sendiri.. assalamualaikum. ^^