kalau manusia mengenali tuhannya
hancur luluh hatinya
lembutlah jiwanya
tak sempat mengingati perkata yang lain
hati dan jiwanya semata-mata terpaku
dengan tuhannya
jika manusia
mengenali kehebatan
keagungana tuhannya
kecutlah perutnya
kalaw manusia sentiasa sedar
pendengaran, penglihatan dan pengetahuannya
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
nescaya manusia itu tawado' merendah diri
di bumi tuhannya
jika manusia rasa bertuhan
hidup di hatinya matilah anggan-anggan
takutpun datang menerpa di hatinya
manusia akan sibuk dengan dirinya
tak sempat memikirkan diri orang lain
takut dan bimbang tak sempat mengumpat
aduh kalaw tuhan sentiasa di hati
perasaan bertuhan mencengkam di hati
mengenal pula nikmat
nikmat tuhan yang benyak
bertambah perasaan cinta dan takut
cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
takut kalaw nikmat di tarik semula
kalaw terbuat dosa akan di azabnya
begitulah kalaw seseorang hamba
mengenali tuhannya
hatinya sangat sibut dengan tuhannya
dunia dan nikmatnya
tidak mempengaruhinya sekalipun dunia di tangannya