Thursday, December 8, 2011

Hijrah Remaja



Bismillahirahmanirrahim…
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Alhamdulillah hari ini Allah masih meminjamkan aku nikmat iman dan masih memberikan aku nafas untuk terus bermusafir di bumi-NYA ini... terima kasih Ya Allah hanya kepadaMu tempat aku memohon kesyukuran dan kepadaMu tempatku memohon taubat.
Malam ni kalaw nak diikutkan jadual harian ada kelas tapi Prof cancel kelas dengan izin Allah malam ni juga ada forum “Hijrah Remaja” yang disampaikan oleh Imam Muda M.Asraf Ridwan & Imam Muda Hizbur Rahman.. subahanaullah penyampaian mereka sagat menarik, kalau nak ikutkan hati rasa tak nak jer forum ni habis, best sagat.. apa yang dapat saya kongsi Rasulullah saw menyatakan “ golongan yang paling mudah untuk berubah adalah diantara golongan orang muda ” dimana golongan orang muda yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw golongan yang berusia 40 tahun ke bawah. insyaAllah hijrah dapat membuat perubahan daripada perkara yang tidak baik kepada baik dan lebih baik insyaAllah.. jika kita lihat pada zaman Rasulullah saw majority golongan yang berubah untuk memasuki Islam dan berusaha untuk mencari kebenaran adalah golongan muda. Contoh kita boleh lihat pada bayi yang baru lahir dia pasti akan mengalami perubahan yang mengikut peringkat dengan mudah. Saya ingin berkongsi sedikit “ biarlah usia kita tua yang penting jiwa kita sentiasa muda & biarlah kita habiskan nafas ini dengan Islam ” insyaAllah. Setiap perubahan atau apa jer yang kita nak lakukan untuk menegakkan agama Allah pasti akan menempuhi halangan dan cabaran, kita mesti igat bahawa peranan orang muda sangat penting dalam Islam. Jika kita nak berubah:
·        kita kena bermula dengan niat dan hati kerana Allah SWT
Jika kita ingin melakukan apa-apa kita kena niat Lillahi Taala supaya apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi satu ibadah disisi Allah dan mendapat keredhaan-NYA insyaAllah. Ikut niat kita jika kita berniat untuk dunia kita akan dapat dunia dan jika kita berniat untuk satu ibadah kita dapat dunia dan akhirat insyaAllah. Ingatlah “baik hati kita maka baiklah seluruh badan kita” betapa penting untuk kia menjaga hati kita kerana disitulah terletaknya iman.. “umur aku bertambah tapi amalan aku tidak bertambah”
·        Allah bagi ujian kepada kita Allah nak mengangkat darjat kita lebih tinggi…
Mungkin kita sudah berniat nak berubah untuk menjadi hamba Allah yang soleh atau solehah jadi Allah memberi kita ujian untuk menguji iman kita.. “Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambaNya”
·        Ganjaran yang mulia
Untuk mendapatkan ganjaran Allah kita mestilah sabar.. kita kena yakin dengan ganjaran yang Allah telah janjikan kepada hambanya yang beriman. Jika kita mengatakan aku mengikut sirah nabi jika ungkapan ini hanya dimulut ia tidak berguna… “Ya Allah selamatkanlah aku Ya Allah”

“berimanlah kepada Allah dan idtiqamah” untuk melakukan proses ini memang susah sebab itulah kita harus berusaha dan bersabar, memohon doa pada Allah agar diberikan petunjuk dan dikuatkan iman. Proses untuk berubah kita mestilah tegas dalam beragama kerana persekitaran dan kawan-kawan merupakan pengaruh yang sangat kuat “ manusia ini tidak lari dari perbuatan zalim” kita kena sentiasa beristigfar jika kita melakukan dosa… insyaAllah sampai sini saja sedikit ilmu yang dapat saya kongsi segala kelebihan datang Allah SWT dan segala kekurangan datang dari diri saya sendiri.. assalamualaikum. ^^ 

Monday, November 28, 2011

Duhai hati


Duhai hati..
Hati ini sudah lama tidak berperasaan
Kering, kemarau
Mungkin berhabuk,
Yang ada sudah pergi
Yang tiada mangkin menghilang
Yang disisi belum tentu memahami
Yang faham belum tentu mendengar
Yang mendengar belum tentu merasai

Diri yang merasa… segalanya perlu ditahan…
Biar pahit… biar keras… namun amat berguna..
Agar menjadi lebih kuat..
Kadang-kadang kita perlu meluahkan,
Kerana kebisuan sukar ditafsir
Pandangan sukar dimegertikan…

Bismillahirahmanirahim…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah SWT di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat dan membawa rahmat dan keberkatan kepada seluruh manusia.

 Sahabat aku amat merinduimu…
Dari kecil aku mengenalimu ketika usia kita 5 tahun kita mengikat tali persahabatan begitu lama kita menjalinkan persahabat sampailah sekarang, sehingga diploma Allah mengizinkan kita sama-sama berjihad menuntul ilmu di perantauan tapi kini dengan izin Allah jugalah kita dipisah jauh sehingga kita terpaksa merentasi laut cina selatan untuk bertemu melepaskan kerinduan sabagai seorang sahabat dan saudara seislam kerana Allah.. sahabat masih ingatkah engkau ketika kita kecil, kita selalu ikat rambut sama pergi sekolah sama-sama sehingga kita dewasa ramai menyangkakan kita adik beradik dan semasa kita kerja kita dikatakan kembar setiap detik bersamamu aku rasa lebih selamat dsn bahagia kerana engkau bukan hanya sahabat bagiku tetapi juga seorang kakak untuk ku walaupun aku tua beberapa hari.. sampai suatu ketika kita ingin membina masjid sama-sama tapi aku tidak ada calon lagi sahabatku engkau sangat mengambil berat tentang diriku selalu mengingatkan aku dan hanya engkau sahaja yang memahamiku jika aku ada masalah engkau pasti tahu walaupun aku tak memberitahumu ternyata engkau telah masak dengan peragaiku.. sahabatku kini aku bersendirian diperantauan orang tiada siapa yang aku kenal disini aku bertemu dengan sahabat yang baru tapi ketahuilah wahai sahabatku aku amat merinduimu…
Sahabat…
Engkaulah tempat kedua untuk aku meluahkan segalanya
Jika aku merasa kesedihan engkau pasti meminjamkan bahumu
Jika aku dalam kegembiraan engkau pasti meraikannya
Ketika aku nak meninggalkanmu engkau menjadi orang terakhir yang memelukku
Sabahat…
Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan
Walaupun maut menjadi noktahnya
Kerana seorang sahabat itu
Terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain
Biarpun tanpa bayangnya..


Sunday, November 27, 2011

Hadiah Buat Tersayang




Bismillahirahmanirahim…

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Dialah yang Wujud, Kekal, Maha Besar, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, dan Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Berkuasa ke atas setiap hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW nabi yang telah membawa seluruh umat ke jalan keredhaan dan keselamatan. Dia juga merupakan sebaik-baik manusia yang diutuskan Allah SWT di muka bumi ini sebagai ikutan seluruh umat dan membawa rahmat dan keberkatan kepada seluruh manusia.

Syukur Alhamdulillah kehadrat ILLAHI, kerana masih meminjamkan nyawa dan iman  kepada ku serta kedua orang tuaku untuk terus berada dibumiNya yang nyata. Terima kasih Ya Allah kerana dengan izinMu orang tua hamba dapat melihat kejayaan hamba hari ini, selama 3 tahun hamba berjihad menuntut ilmu di perantauan merentasi laut cina selatan selama itu jugalah hamba menyimpan rindu kepada keluarga terutama mak dan ayah. Dalam tempoh ini hamba cuba unuk bertahan, menahan segala perasaan demi kebahagiaan orang tuaku aku sanggup melakukan apa saja kerana Allah untuk mendapatkan segulung diploma dan hanya kepadaMu tempat hamba meluahkan kerana hamba yakin kepadaMu Ya Allah. Akhirnya tibalah waktu yang dinantikan untukku 22 oktober 2011..

“ mak ayah, inilah hadiah anakmu untuk mak dan ayah”

Ya Allah selama 21 tahun orang tuaku mejaga dan memeliharaku, selama hidupku ini tidak pernah sekalipun aku memberi orang tuaku hadiah hari lahir mereka tetapi pada hari ini dengan izinMu Ya Alah aku telah memberi hadiah dengan segulung diploma untuk mak dan ayah. Pada hari ini aku dapat merasakan dan melihat keceriaan, kegembiraan dan kesyukuran pada wajah mak dan ayah.. terima kasih Ya ALLAH.


                                                                    Mak ayah..
Ketahuilah bahawa anakmu ini sangat menyayangimu
anakmu  ini sentiasa merindui belaian kasihmu
anakmu ini sanggup berkorban untuk mu demi ILLAHI
doakanlah untuk kejayaan anakmu ini
sekali lagi anakmu ini berjihat dimedan ilmu dan berusaha mencari redha ILLAHI
ampunkanlah segala dosa yang telah anakmu ini lakukan kepadamu
Mak ayah walaupun hari ini anakmu ini tidak berada dismpingmu tapi..
Ketahuilah bahawa anakmu ini sangat mencintaimu setelah Allah dan RasulNya.

“Ya Allah izinkanlah aku memberi hadiah ke2 untuk orang tuaku dimana hadiah yang diinginkan oleh setiap orang tua kepada anak mereka iaitu segulung ijazah”
Hamba bertawakal dengan segala ketentuanMU Ya Allah –hafsah marjuni-





Thursday, September 29, 2011

BuKaN SeMuDaH ABC


Dalam melangkah, terkadang terasa lemah kaki yang diatur. Terasa letih tubuh yang menanggung. Namun, langkah harus diteruskan demi sebuah perjuangan. Ya, kerana agama dan redha Allah, hati dan kaki ini terus jalan seiring menyusuri denai dakwah.
Entah kan bila harus terus berjalan. Yang pastinya perjuangan ini tidak akan dan tidak pernah selesai. Selagi nyawa dipinjamkan, selagi itulah tugas dakwah ini terpikul kemas di bahu seorang yang bergelar muslim.
"Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Kalimah yang biasa dilontarkan sama ada orang yg melafazkannya memahaminya atau tidak. Setiap kali solat, inilah bai'ah kita kepada Allah. Namun, sejauh mana bai'ah ini membuatkan kita benar-benar teguh berusaha untuk mengotakannya. Syahadatain bukan sekadar tunggu untuk dilafaz, tetapi untuk diterjemahkan dalam amalan kita. Ya, apakah kita mengekspresikannya melalui tindak tanduk kita seharian? Tepuk dada sendiri, tanya iman di hati.
Keluhan dan rungutan dalam melakukan kerja-kerja Islam tidak seharusnya terpacul dari mulut kita. Sepatutnya kita malu untuk berkira setelah segala nikmat Allah limpah ruahkan kepada kita tanpa meminta kita membayarnya walau sebesar zarah sekalipun.
Tanyakan pada diri, "letihkah kau bekerja dalam islam? Bosankah kau untuk berjuang?"
Ya, setiap apa yg kita lakukan sama ada kecil atau besar perlukan kesabaran. Kerana jika tanpa sabar dalam memenuhinya, datanglah rasa jemu memagut hati supaya meninggalkan kerja-kerja untuk islam ini. Bukankah Allah sudah awal-awal lagi menitipkan kepada kita melalui pesan Luqman kepada anaknya dalam surah Luqman:ayat 17
Maksudnya: "wahai anakku, laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting."
Apabila memerlukan kesabaran, tentulah perkara itu sukar dan akan menghadapi cabaran. Tiada perjuangan yang manis dari awal hingga akhir. Tiada pengorbanan yang dirasakan ringan. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC. Jika disusuri sirah di mana jalan dakwah yang baginda lalui juga bukanlah ditaburi dengan bunga-bunga kesenangan.
Tetapi baginda setiap hari ditohmah dan dihina  kaum Quraisy yang menentang wasilah agama yang dibawa oleh baginda. Bayangkan seorang nabi dilempar dengan najis. Namun, baginda tetap sabar dan tidak marah kerana diperlakukan demikian. Untuk tawar hati dengan mad'u, jauh sekali.
Tapi kita hari ini tidak pernah dijentik sekalipun dalam berdakwah, tapi sudah berputus asa. Apalah sangat dugaan kita berbanding Rasulullah, kekasih Allah. Sebaliknya kita mencontohi Rasulullah akan keperibadian baginda yang mulia. Itulah cabaran pejuang.
Apabila kita sudah tahu perjuangan itu sukar, persiapkanlah diri. Ibadah. Thaqafah. Dan yang lain-lainnya juga. Biar kita payah, asalkan perjuangan terus didakap kemas. Kerana perjuangan itu bukan semudah ABC, lalu menjadi kewajipan untuk kita bersiap sedia dari segenap segi. Ayuh kita buru syahid di jalan Allah. Bukannya melarikan diri kerana gentar dan lebih rela digelar pengecut. Ayuh. Kembalikan kegemilangan islam. Allahu Akhbar!  

Saturday, May 14, 2011

DaRi AnaKmU..

Go to fullsize image

kasihmu tak mungkin kulupakan...
cuma kadang2 aku khayal dalam arus duniawi
taktala nasihatmu menjadi titisan hangat ditelingaku
taktala aku lupa akan nasihatmu...
berdosakah aku sebagai anakmu ibu...???
aku merintih...
menangis....
mengenang diri ini...
layakkah aku menjadi anakmu???
kau sentiasa mendoakan kesejahteraanku...
doamu tak pernah putus walau aku lena dalam tidurku...
solatmu sentiasa berakhir dengan doa untukku...
suara tawaku tak pernah hilang dari telingamu...
kasih sayangmu tak reput ditelan zaman...
namun anakmu ini sering lupa akan itu...
leka......
layakkah aku menjadi anakmu ibu...???
air mata ini menitis taktala aku terkenangkanmu ibu...
kasihmu sungguh murni tak terbanding kasihku untukmu...
layakkah aku dipanggil anakmu....???
taktala aku bersedih, kau sentiasa disisi,
menenangkan puterimu ini....
taktala aku menangis,
meratapi kehilangan barang permainanku,
kau sentiasa disisi memujukku...
taktala aku memberontak inginkan sesuatu,
tanganmu pantas mencarinya untukku....
mampukah aku melakukan semua ini taktala kau pula memerlukan..???
jika tidak...layakkah aku menjadi anakmu ibu...???

ibu...
mengapa nasibmu sebegini...???
mendapat anak sepertiku....???
layakkah aku dipanggil anakmu ibu...???
ibu,
sudikah kau menerima anakmu ini....???
kusesali diri ini...
semakin melupakanmu...
layakkah aku dipanggil anakmu,ibu...???
kata-katamu sering menenangkan aku suatu ketika dahulu...
menyejukkan hati yang sedang gundah gulana...
memadamkan api yang sedang marak menyala...
menyapu air mata yang berlinang dipipiku...

kini,
taktala aku telah dewasa....
aku mula lupa akan kata-katamu...
nasihatmu kulempar...
kasihmu kubiar terapung dilautan...
panggilanmu kusahut dengan amarah....

ibuuuuuu....
layakkah aku dipanggil anakmu......???
maafkanlah anakmu ini....
maafkan dosa anakmu ini....
aku tak mahu digelar si tanggang....
disumpah menjadi batu kerana derhaka....
derhakakah anakmu ibu...???
ku sujud mohon ampun darimu ibu....
syukur ku panjatkan kerana masih berpeluang menemuimu lagi...
syukur ku kuucapkan kerana aku masih berpeluang memelukmu lagi...
syukur ku lafazkan kerana aku masih berpeluang merasa kasih sayangmu lagi....
namun layakkah aku mnejadi anakmu ibu...???
kasihmu sungguh suci...
sayangmu sungguh murni....
nasihatmu amat bererti...

ya Allah....
kau tetapkanlah aku dijalanmu....
agar ku tak lupa asal usulku...
moga ku tak lupa siapa yang membesarkanku...
moga dirimu ibu kan kekal dihatiku...

ibu...
akan ku gembirakanmu....
akan ku tebus kesilapanku....
akan ku kikis salutan yang menutup pintu hatiku selama ini...
akan ku campak bisikan syaitan yang ingin menggoda anakmu ini...
semuanya untukmu ibu.....
layakkah aku menjadi anakmu dengan cara ini...???
sudikah kau memaafkan anakmu ini...???
ibu...........

Thursday, May 5, 2011

ZiNa HaTi

Go to fullsize image

"apa beza kita dengan diaorang kat situ ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasangan 'couple' yang sedang lepak berdua-duaan di tempat duduk sepanjang taman.
"ala, kita ni baik sikit. tak ada pegang-pegang. tutup aurat elok. sampai waktu solat, kita solat. erm Islamic siket la.."
"Hmm.. dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
kali ni aku terus diam terpaku...
"Erm abaikan jer lah. saja jer saya tanya..." Amin cuba menyedapkan hati.
beberapa hari selepas itu Amin ada menghantar email kepadaku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. aku sudah mula faham sedikit sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang tidak 'rasmi' ini. dan sejak daripada itu dia tidak pernah menelefon aku.. sms hanya bertanyakan pelajaran sahaja itu pun boleh di bilang dengan jari..
namun...
aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. tudungku pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada, dialah yang memperkenalkan ku apa itu usrah dan dakwah. dia juga yang berpesan 'jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. InsyaAllah Dia akan jaga hubungan kita'.
Amin: assalamualaikum wbt
Nur: wsalam...
Amin: apa khbar? sihat? iman baik?
Nur: alhamdulillah... sihat2..
Amin: hurm, dah lama nak tanya sebenarnya...
Nur: apa dia? tanya la...
Amin: apa pendapat awak tentang kitasekarang?
Nur: erm.. macam awk kata dalam email dulu yang kita ni kan 'kawan'.. tak lebih daripada itu..
tapi, special sikit.. tiada couple-couple macam orang lain.. so statusnya kawan je la.. betul tak?
Amin: hurm ini opinion je la.. antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri.. yang lain atas alasan apa sekalipun ia tak patut di terima..
Nur: jadi...
Amin: saya rasa kita harus stop.. stop untuk berpisah... sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan keliru...benda ini akan membuat hati ternodai... zina hati akan banyak berlaku.. walaupun kita jauh, tidak call, tak jumpa dll, tetapi hati tetap berzina...
saya bercakap itu dan ini kepada orang ramai.. tapi, dalam masa yang sama saya menyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat... kononnya islamic... saya rasa cara ini tak betul... kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ini dengan islam.. then, orang nampak islamic... saya rasa takda bezapun kita dengan orang lain yang duk bercouple nieh...
jadi, saya rasa kita harus berpisah... demi menjaga diri dan sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha illahi.. maaf untuk segala apa yang kita telah buat.. dan maaf juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya...
andai ada jodoh, moga dipertemukan...


Thursday, April 28, 2011

AgunGnyA CinTa TuHan

Go to fullsize image

Hamba Allah : wah!.. sombongnya lelaki ini.. kenapakah agaknya dia berkelakuan begitu?
wahai orang muda bolehkah saya tahu kenapa engkau sesombong ini?
Orang Muda : Oo.. kalaw engkau nak tahu aku adalah seorang pembesar di Istana akulah orang yang paling penting di sisi raja..
Hamba Allah : apa yang engkau lakukan di Istana?..
sehingga engkau sombong seperti ini?
Orang Muda : em.. tanpa aku raja tidak boleh berbuat apa-apa setiap waktu raja memerlukan aku.. kalaw dia sunyi akulah yang akan menghiburkannya.. aku akan sentiasa berada di sampingnya.. kalaw dia lapar dan dahaga akulah yang menyediakan makanan dan minuman untuknya.. kalaw dia sakit akulah yang akan mencari ubat untuknya.. kalaw dia tidur aku sentiasa menjaganya sehingga dia bangun dari tidur.. kalaw dia menemui rakyatnya pula akulah yang menyediakan pakaian dan mempersiapkan keperluannya.. kalaw dia ditimpa masalah siapa lagi dicarinya kalaw bukan aku, dia akan mengadukannya kepada aku dan aku akan membantu menyelesaikan masalahnya itu..
ahh!!.. lihat betapa hebatnya aku takkanlah aku tak sombong...
Hamba Allah : Ermm.. baiklah.. aku ingin bertanya kepada engkau bagaimana pula jika engkau melakukan kesilapan apa yang raja akan lakukan kepada engkau??
Orang Muda : biasalah kalau aku tersilap raja pasti memarahi dan menghukum aku.. apa lagi yang patut aku buat...
Hamba Allah : Oo.. kalau begitulah yang berlaku patut aku yang lebih sombong daripada engkau... apa yang berlaku antara aku dengan tuan aku jauh berbeza apa yang berlaku antara engkau dengan tuan engkau..
Orang Muda : begitukah..
bagaimana pula engkau dengan tuan engkau?
Hamba Allah : tuan aku amat baik sekali.. kalaw aku sunyi tuan aku yang akan meghiburkan aku.. kalaw aku lapar dan dahaga tuan aku yang memberikan makanan dan minuman.. kalaw aku sakit pula tuan aku yang menyembuhkanku.. bila aku tidur tuan aku yang menjagaku dan membangunkan aku semula.. sewaktu aku dalam kesusahan tuan akulah yang akan melindungi aku.. aku pula boleh mengadu tentamg kesedihanku atau apa saja yang menimpa diriku dan tuan aku akan memujukku bahkan kalau aku membuat kesilapanpun tuan aku akan memaafkan aku.. aku amat bahagia.. bukankah berbeza sekali tuan aku dengan tuan engkau??..
Orang Muda : Iya memang berbeza sekali.. baiknya tuan engkau, beruntungnya engkau.. siapakah tuan engkau yang hebat itu?
Hamba Allah : Dia sebenarnya adalah TUHAN yang menciptakan engkau dan aku..
tanpa Dia engkau dan aku tidak akan wujud, Dia adalah TUHAN YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG...
Orang Muda : kalaw begitu aku ingin bertuankan Tuhan engkau yang baik itu agung benar cintaNya.. aku juga mahu merasa bahagia sepertu yang engkau rasakan.. mulai saat ini aku akan meninggalkan raja dan istana.

...SEKIAN (^_^)...

Saturday, April 23, 2011

ItUkaH SaHaBaT

persahabatan syurgawi
"SAHABAT"
adalah 1 jiwa 2 tubuh...
ada yang bertanya kepadaku tentang erti sahabat
lalu aku menjawab...
sahabat itu..
dia menawarkan manis di saat kamu merasakan pahitnya hidup
senyuman ikhlasnya sentiasa menghiburkanmu di saat kamu dalam kepenatan dalam hidup
menghulurkan tanggannya di saat kamu terjatuh dan tidak mampu untuk berdiri
dan sentiasa membimbing menuju kebaikan...
kehadirannya memberi keceriaan
NAMUN..
tidak semua orang memiliki sahabat seperti itu ketika sahabat menjadi penghianat
kerana di dunia ini tidak ada yang mustahil..
maka begitu juga dengan persahabatan.. ia juga harus di bayar dengan
pengorbanan dan kesetiaan
dia yang bersahabat denganmu hanya kerana kelebihanmu...
maka, dia akan pergi saat tahu akan kekuranganmu..
seorang sahabat tidak menyembunyikan kebenaran demi ketenangan hati temannya.
akan tetapi mengatakan yang sejujurnya meskipun itu pahit sehingga mambuat ia menangis bahkan membencimu....
sudahkah kamu menjadi sahabat?..
kamu harus bersedia untuk dibenci.. kamu harus bertahan dengan kesetiaanmu...
kerana, itulah bukti ketulusanmu dalam bersahabat.. dan kamu yang telah mempunyai sahabat jagalah sahabatmu...
betapa banyak orang yang mendambakan sahabat namun...
mereka gagal dalam pembinaannya..
cinta dan sayangilah sahabatmu sebagaimana... engkau menyayangi diri sendiri...
agar kelak engkau dinaungi oleh ALLAH SWT.. di hari akhir...
satu dari 7 orang yang mendapat naungan ALLAH SWT di hari akhir iaitu 2 orang yang saling mengasihi betemu dan berpisah kerana
ALLAH SWT

Thursday, April 21, 2011

RaSa BerTuHan

Go to fullsize image

kalau manusia mengenali tuhannya
hancur luluh hatinya
lembutlah jiwanya
tak sempat mengingati perkata yang lain
hati dan jiwanya semata-mata terpaku
dengan tuhannya

jika manusia
mengenali kehebatan
keagungana tuhannya
kecutlah perutnya
kalaw manusia sentiasa sedar
pendengaran, penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
nescaya manusia itu tawado' merendah diri
di bumi tuhannya

jika manusia rasa bertuhan
hidup di hatinya matilah anggan-anggan
takutpun datang menerpa di hatinya
manusia akan sibuk dengan dirinya
tak sempat memikirkan diri orang lain
takut dan bimbang tak sempat mengumpat

aduh kalaw tuhan sentiasa di hati
perasaan bertuhan mencengkam di hati
mengenal pula nikmat
nikmat tuhan yang benyak
bertambah perasaan cinta dan takut
cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
takut kalaw nikmat di tarik semula
kalaw terbuat dosa akan di azabnya

begitulah kalaw seseorang hamba
mengenali tuhannya
hatinya sangat sibut dengan tuhannya
dunia dan nikmatnya
tidak mempengaruhinya sekalipun dunia di tangannya




Wednesday, April 20, 2011

WaRkaH KeiMaNan


assalamualaikum...
dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
seringku titipkan doa agar kita semua sentiasa berada dibawah payungan rahmat dan hidayahNya Yang Maha Esa..
dalam keadaan dunia hari ini... daku amat berharap agar Allah sudi mengampunkan dosa kita semua.. dalam keadaan manusia tidak lagi takut pada Tuhannya.. dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan batil.. dan dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan yang mana pahala dan yang mana dosa.. moga doa yang selalu kita pohon dimakbulkan olehNya.. walaupun dalam kehidupan seharian kita kadangkala kila lupa kepadaNya dan kadangkala kita ingat kepadaNya.. tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya..
Buat sahabat yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi...
sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama tapi ia adalah cara hidup kita.. sama ada cara kita berpakaian.., bertutur.., belajar..,bekerja.. atau dengan perkataan yang lebih muda .. bermula kehidupan kita daripada bangun tidur sehingga kita tidur kembali.. semuanya Allah telah tetapkan untuk kita.. sebelum kita lahir sehinggalah kita ditempatkan di liang lahat.. Islam juga telah mengajar caranya.
seringkali kita mendengar sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Islam itu tinggi, tiada yang tinggi selainnya".. tapi sayang sekali kita yang merendah-rendahkannya.. kita menjauhkan diri daripadanya.. bahkan kita malu apabila Islam menjadi identiti kita.. kita lalai dengan kehidupan kita.. sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita..sehingga kita lupa Allah SWT Tuhan yang Maha Esa sedang memerhatikan kita..kita tahu adanya Allah tapi kita melaggari perintahNya.. sombongnya kita kerana kita lupa kepada pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang kufur kepadaNya.. kita tahu benarnya al-quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya.. kita juga tahu adanya dosa dan pahala.. bukankah kita juga tahu adanya syurga dan neraka. tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah SWT Yang Maha Kuasa..
Buat sahabat... yang insyaAllah akan terus bergemerlapan di bumi Allah .." kita boleh menghitung usia kita yang yang telah kita gunakan.. tapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal.. bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkadung di dalam jasad kita sudah abis digunakan...walaupun sebesar bukit uhud sekalipun dosa yang kita lakukan.. sesungguhnya Allah SWT masih mengampunkan dosa kita.. oleh itu kembalilah kepadaNya.. andai kita hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan o Nya.. sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhluknya...

Doa TuK KekaSih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Tuesday, April 19, 2011

HaWa

Wahai kakakku...
kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu
asyik berteman tangis dan sendu sahaja..
Wahai adikku...
bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya..
tapi disitulah wahai adikku.. kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi izzah paling gah .. bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki...
Duhai adikku...
lembut wanita itu bukan kerana lemah tapi senjata..
Namun wahai kakakku..
wanita itu fitnah dunia
Pernahkah adikkku dengar..
pesanan Illahi kepada hambanya
" wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu " cuba adik nilai... pada siapakah terlebih dahulu
Allah dahulukan pesanannya?..
pada hamba yang bergelar al-rijal..
kerana andai si lelaki menjaga pandangannya maka tidak mungkin terlihat
akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
dan titaklah Allah lupa pesanan buat wanita.. agar memelihara auratnya.. kerana disitulah kehormatannya.. bukan fitnah semata-mata jikalau al-rilaj dan an-nisa sama-sama mematuhi pesanan Illahi itu...sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh...
Tapi kakakku... kenapa wanita itu menjadi peragaan?
tidakkah mereka merasa malu?
Wahai adikku sayang.. al-haya' (sifat malu) ada dalam diri setiap insan wujudnya seiring dengan nafas insani dan al-haya' itulah pakaian iman dalam diri wanita itu indah...
al-haya' sebagai pembenteng diri... namun bila mana al-haya' itu lebur imannya runtuh..
kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?.. kerana mereka sebenarnya paranoid
merasakan diri belum cukup menarik... mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi... Namun adikku...
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu...
Wahai adikku.. 10O1 keindahan penciptaan wanita pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir..
Wahai adikku... janganlah adik gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu dan engkau sekali-kali merendahkan dirimu... menggugurkan diri menyembah tanah sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...

Friday, April 15, 2011

JiKa Aku JaTuh HaTi

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melebihkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu...
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat disepertiga malam terakhirMu
jangan biarkan aku terlatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyuru manusia kepadaMu
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga membiarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta yang hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu...
Amin Ya Rabbal Alamin.