Thursday, April 28, 2011

AgunGnyA CinTa TuHan

Go to fullsize image

Hamba Allah : wah!.. sombongnya lelaki ini.. kenapakah agaknya dia berkelakuan begitu?
wahai orang muda bolehkah saya tahu kenapa engkau sesombong ini?
Orang Muda : Oo.. kalaw engkau nak tahu aku adalah seorang pembesar di Istana akulah orang yang paling penting di sisi raja..
Hamba Allah : apa yang engkau lakukan di Istana?..
sehingga engkau sombong seperti ini?
Orang Muda : em.. tanpa aku raja tidak boleh berbuat apa-apa setiap waktu raja memerlukan aku.. kalaw dia sunyi akulah yang akan menghiburkannya.. aku akan sentiasa berada di sampingnya.. kalaw dia lapar dan dahaga akulah yang menyediakan makanan dan minuman untuknya.. kalaw dia sakit akulah yang akan mencari ubat untuknya.. kalaw dia tidur aku sentiasa menjaganya sehingga dia bangun dari tidur.. kalaw dia menemui rakyatnya pula akulah yang menyediakan pakaian dan mempersiapkan keperluannya.. kalaw dia ditimpa masalah siapa lagi dicarinya kalaw bukan aku, dia akan mengadukannya kepada aku dan aku akan membantu menyelesaikan masalahnya itu..
ahh!!.. lihat betapa hebatnya aku takkanlah aku tak sombong...
Hamba Allah : Ermm.. baiklah.. aku ingin bertanya kepada engkau bagaimana pula jika engkau melakukan kesilapan apa yang raja akan lakukan kepada engkau??
Orang Muda : biasalah kalau aku tersilap raja pasti memarahi dan menghukum aku.. apa lagi yang patut aku buat...
Hamba Allah : Oo.. kalau begitulah yang berlaku patut aku yang lebih sombong daripada engkau... apa yang berlaku antara aku dengan tuan aku jauh berbeza apa yang berlaku antara engkau dengan tuan engkau..
Orang Muda : begitukah..
bagaimana pula engkau dengan tuan engkau?
Hamba Allah : tuan aku amat baik sekali.. kalaw aku sunyi tuan aku yang akan meghiburkan aku.. kalaw aku lapar dan dahaga tuan aku yang memberikan makanan dan minuman.. kalaw aku sakit pula tuan aku yang menyembuhkanku.. bila aku tidur tuan aku yang menjagaku dan membangunkan aku semula.. sewaktu aku dalam kesusahan tuan akulah yang akan melindungi aku.. aku pula boleh mengadu tentamg kesedihanku atau apa saja yang menimpa diriku dan tuan aku akan memujukku bahkan kalau aku membuat kesilapanpun tuan aku akan memaafkan aku.. aku amat bahagia.. bukankah berbeza sekali tuan aku dengan tuan engkau??..
Orang Muda : Iya memang berbeza sekali.. baiknya tuan engkau, beruntungnya engkau.. siapakah tuan engkau yang hebat itu?
Hamba Allah : Dia sebenarnya adalah TUHAN yang menciptakan engkau dan aku..
tanpa Dia engkau dan aku tidak akan wujud, Dia adalah TUHAN YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA PENYAYANG...
Orang Muda : kalaw begitu aku ingin bertuankan Tuhan engkau yang baik itu agung benar cintaNya.. aku juga mahu merasa bahagia sepertu yang engkau rasakan.. mulai saat ini aku akan meninggalkan raja dan istana.

...SEKIAN (^_^)...